fbpx

DSV Enggan Ulas Hubungan Dengan Suami Orang

Kalau dulu digosipkan bercinta dengan PA muda sehingga dipecat, kini Datuk Seri Vida digosipkan pula dengan seorang pelakon muda, Putra Amaris. Namun hubungan ‘teman tapi mesra’ itu menjadi persoalan kerana status suami orang.

BACA: Datuk Vida Didakwa Menipu, Perguna Sekolah Agama?

“Kenal dah lama, adalah dalam 5 tahun tapi ketika itu saya tak layan pun. Cuma bila saya nak casting untuk klip video baru saya tu, Amaris mesej saya lagi. Katanya dia nak kerja dengan saya. Dari situ baru kami rapat”

Jika dulu Vida pernah tagas dengan prinsip enggan mengambil suami orang, tetapi kini Vida seakan keliru dengan pilihan itu dan dengan hubunggan beliau sekarang, Vida risau takut termakan kata-kata sendiri.

“Fasal hubungan tu pula entahlah, tak tahu nak cakap macam mana, wait and see time will tell. Saya pernah berada dalam situasi bermadu itu. Saya tak suka. Jadi sebab itulah saya tak suka laki orang tapi takut juga jika kata-kata termakan diri sendiri nanti,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Untuk pengetahuan, Amaris telah mendirikan rumah tangga Januari lalu, isterinya juga cantik manis. Kami pun tidak pasti hubugan ini gimik perniagaan semata atau memang Vida sedang dilamun cinta sekarang. Doa yang baik-baik! (rtky/w)