fbpx

Sam, Syatilla Seronok Bakal Timang Anak Perempuan

Dimakbulkan Tuhan untuk menimang cahaya mata perempuan pula, Syatilla Melvin terlalu teruja menantikan cahaya matanya itu yang bakal dilahirkan. Namun berharap segala proses bersalin dipermudahkan.

BACA: Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Bakal Timang Anak Perempuan

“Ini satu lagi khabar gembira buat saya dan suami. Saya berdoa semoga segalanya dipermudahkan hingga bersalin nanti. Memandangkan anak sulung adalah lelaki, jadi selepas ini kami ada sepasang cahaya mata”

“Sejak disahkan hamil, saya selalu cakap dengan suami alangkah seronok jika dikurniakan anak perempuan. Apa pun, saya tak nak terlalu teruja. Paling penting, bayi dalam kandungan sihat dan sempurna apabila dilahirkan nanti”

Bercerita mengenai kandungannya pula, Syatilla memberitahu usia kandungannya yang sudah memasuki enam bulan membuatkan beliau selalu letih. Disebabkan itu Syatilla tidak terlibat dengan sebarang pengambaran.

“Saya memang tak terbabit dalam mana-mana projek. Kalau keluar pun hanya pergi menghadiri acara. Dalam usia kandungan hampir enam bulan, memang cepat letih. Kalau boleh nak duduk saja,” jelasnya. (rtky/w)