fbpx

Sam Bunkface Tidak Tolak Jodoh Untuk Berkahwin Lagi

Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom, 31, atau lebih dikenali sebagai Sam berkata dia tidak akan menolak jodoh sekiranya ada, kerana baginya perkahwinan itu merupakan satu perkara yang baik.

BACA: Sam Bunkface Mohon Maaf Rahsiakan Perceraian

“Buat masa sekarang saya nak berehat, tetapi kalau ada rezeki, jodoh kenapa tak boleh kan, sebab perkahwinan ini benda yang baik.”

“Mestilah saya nak cari pengganti, tetapi sekarang ini belum ada lagi,” katanya yang ditemui di majlis sidang media konsert hausboom music.

Dalam pada itu, Sam menjelaskan hubungannya dengan Aida (bekas isteri) masih baik demi urusan penjagaan satu-satunya anak mereka, Maleeq yang kini berusia 3 tahun.

“Alhamdulillah tidak ada masalah. Kami jaga anak selang-seli dan seimbang. Maleeq pun gembira dia pun sudah 3 tahun,” katanya kepada Rotikaya.

Sam mendirikan rumahtangga dengan Aida pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, Sam telah mengesahkan bahawa dia dan bekas isterinya, telah bercerai sekitar Januari tahun ini. (rtky/h)