fbpx

Sam Bunkface Mohon Maaf Rahsiakan Perceraian

Semalam, bekas isteri kepada Sam Bunkface, Aida Azira mengesahkan bahawa mereka sudah bercerai pada penghujung Januari lalu serta mendedahkan punca perceraian tiada lagi persefahaman antara mereka.

Terbaru, menerusi Instagram Sam akhirnya tampil mengakui rumah tangganya hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja dan keputusan untuk berpisah adalah atas persetujuan bersama.

Dalam pada itu, Sam turut memohon maaf kerana merahsiakan perkara tersebut namun tindakannya itu adalah untuk menjaga privasi dan perasan keluarga kedua belah pihak.

BACA: Sam Bunkface, Aida Sah Bercerai

Katanya lagi, meskipun sudah lagi bergelar suami isteri, hubungannya dengan bekas isteri masih lagi baik bagi urusan menjaga anak mereka.

“Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam, dan juga demi menjaga perasaan kedua dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida. .

“Walaupun kini kami tidak lagi tinggal bersama, tetapi hubungan Sam dan bekas isteri masih lagi baik dan kami berhubung bagi urusan menjaga Maleeq,” tulisnya.

Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Hasil perkahwinan, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maleeq yang kini berusia dua tahun