Lama menyepi dari radar dunia hiburan, hari ini bekas isteri kepada Sam Bunkface, Aida Azira mengesahkan mereka sudah bercerai pada penghujung Januari lalu. Berita itu disampaikan sendiri oleh Aida bagi mengelakkan sebarang salah faham tentang status mereka.

BACA: Sam Bunkface, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata


“Kami bercerai rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tiada persefahaman. Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing”

“Kami masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu. Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini,” jelasnya.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini mengalami sedikit pergolakkan pun begitu Sam memberitahu mereka masih tinggal sebumbung. Malah Sam juga bertindak memadam gambar bersama Aida di laman sosialnya.



Terdahulu Sam dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Hasil perkahwinan, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maleeq yang kini berusia dua tahun.(rtky/w)