Berita Ini Ditaja Secara Eksklusif Oleh Revive Isotonik. Sertai Peraduan Rev-Up & Menangi Wang Tunai RM1,000 Secara Mingguan!


Walaupun ramai antara kita peminat siri filem Twilight teruja menantikan sambungan terbaru ‘Eclipse’, namun berita kebocoran salinan skrip ini sedikit pun tidak menjejaskan sesiapa.

Salinan skrip tersebut yang bocor ke internet dan boleh di’muat turun dalam format .pdf di’percayai milik Jackson Rathbone yang memegang watak Jasper.

Berdasarkan kajian pakar, dokumen tersebut asalnya di’cetak di’atas kepingan kertas biru yang bermakna ianya adalah skrip awal, bukan skrip untuk pengambaran.

Berkenaan Jackson Rathbone, tiada sebarang khabar angin yang mengatakan beliau akan di’kenakan apa-apa tindakan berikutan insiden ini.


Melihatkan kepada kejayaan New Moon mengutip USD682 juta sejak hari pertama di’tayangkan, hal kecil sebegini tidak akan mencacatkan kegilaan filem cinta pontianak & manusia ini.

(Tips dari Amanz.my. Jika ada sebarang gossip atau berita, e-mailkan ke [email protected] atau @rotikaya)