Hampir sebulan rupa’nya Aaron Aziz sudah sah bergelar penduduk tetap Malaysia dan memegang kad MyPR sendiri.

Melalui laporan KOSMO! hari ini, Aaron Aziz mengakui yang beliau dan isteri’nya Diyana Halik sudah bergelar penduduk tetap Malaysia sejak awal Jun 2012 yang lalu.

Aaron Aziz tampil memberikan pengakuan selepas satu salinan kad MyPR milik beliau dan isteri tersebar melalui e-mail baru baru ini & beliau rasa perlu tampil dengan penjelasan.

“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan.”

“Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.”

“Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak,” ujar Aaron Aziz hari ini.