fbpx

“Salam Papa, Emir Kenalkan Nur Amirah, Anak Perempuan Papa”

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, baru-baru Mira Filzah berkongsikan momen menarik apabila dia bersama suaminya, Wan Emir Astar pulang ke kampung bagi menyambut ulang tahung kelahiran dauk serta opahnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Mira kemudian di bawa oleh Wan Emir pulang ke kampung halamannya pula untuk menziarahi pusara arwah bapa mentuanya serta bertemu dengan datuk dan neneknya.

BACA: Pernah Jadi Pelajar Cemerlang, Mira Filzah Kongsi Tips Buat Calon SPM

Apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian Wan Emir yang cukup menyentuh hati netizen apabila pasangan itu ke ke pusara Allahyarham bapa Emir sebelum bergegas ke Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis tahlil.

Lebih sebak Wan Emir bermonolog memperkenalkan Mira sebagai isterinya dan mengatakan bahawa dia akan menyayangi isterinya sebagaimana bapanya mencurahkan rasa cinta pada ibunya.

“Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah, anak perempuan Papa. Yang telah Dia pilih untuk saya dan saya untuknya. Emir akan menyayanginya seperti mana Papa mengasihi Ibu, dengan tanggungjawab,” tulisnya.

Diruangan komen rata-rata tumpang gembira melihat pasangan tersebut pulang ke kampung bertemu insan tersayang dan mendoakan semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.