Pernah Jadi Pelajar Cemerlang, Mira Filzah Kongsi Tips Buat Calon SPM
Meskipun baru sahaja bergelar isteri dan sibuk dengan pengacaraan, namun Mira Filzah sempat meluangkan masa menyuntik semangat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam seminar dalam talian, semalam.
Pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010, Mira dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM).
BACA: Risau Anak Pakai Jeans Ketat, Bapa Tegur Penampilan Mira Filzah
Kemunculan Mira selama 20 minit menerusi seminat dalam talian itu cukup bermakna buat calon SPM. Membahasakan diri Kak Mira, Mira akui pandemik COVID-19 turut mengendurkan semangat untuk belajar serta memberikan tip untuk mengurangkan tekanan.
“Kalau tertekan, jangan paksa diri. Berehatlah seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji kena tenang dan jalau serabut tiada guna juga. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.
“Cuba buat perkara yang boleh menghilangkan tekanan pada saat otak tepu. Seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada membaca komen pelajar, kalau stres, tengok drama K-Pop.
“Bagaimanapun, saya nasihatkan jangan, nanti tengok sampai berjangkit banyak episod pula.
“Cuba lelapkan mata seketika, tetapi elak tidur selepas waktu Asar. Nanti otak dan badan lagi penat. Kalau penat sangat pejam mata sebelum masuk waktu Zohor,” katanya.
Dalam pada itu, Mira turut memberi pesanan kepada calon SPM supaya dapat mengelak daripada ketagih dengan dunia digital termasuk menggunakan telefon bimbit serta tidak meninggalkan solat buat mereka yang beragama Islam.
“Belajar menjarakkan diri dengan dunia digital. Memang sudah terbiasa memegang telefon bimbit, melayari program hiburan dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam-jam.
“Ambil masa menikmati udara luar, contohnya bersenam dan berjoging. Pada masa sama, jaga penjarakan fizikal. Paling mudah, buat apa sahaja aktiviti yang digemari. Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain, berdoalah dengan Tuhan,” katanya.
Sementara itu, baru baru ini PTTI iaitu sebuah pusat peningkatan akademik pakar dlm membantu pelajar SPM turut melancarkan program khas untuk calon pelajar SPM 2020 yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Dengan kepercayaan semua orang mampu berjaya, PTTI akan mengadakan Seminar Mampu Skor SPM (Virtual Online) pada Sabtu, 24 Oktober 2020 terbuka utk pelajar SPM 2020 semua aliran. PTTI akan menaja 3000 tiket percuma bagi pelajar yg tak pasti kemampuan diri utk skor dlm SPM demi masa depan mereka. Layari www.MampuSkorSPM.com utk dapatkan tiket percuma.
- SUMBER
- BH Online
Tapi yg dah bebal tu tetap bebal, kau bagi le macam macam tips, spm gagal juge. Mmmm
Saya harap star jdi macai UMNO.hahaha
Kita mmg perlukan nasihat org yg pandai2, bkn dari org yg bangga gagal spm
ko spm tahun bila bai??? ko ingat spm 2020 sama macam spm ko ke??? spm ko tu dulu standart exam darjah satu je zaman skang. mira mira….bodoh tapi asik nak perasan bagus je x abis abis….
Np jd artis je
Hai toyol exam spm skrg kbat la bagai, tp student ada byk resources utk cari ilmu dan usaha lebih mudah berbanding zmn tiada internet dulu. Tu je nak khabaq. Bkn fan mira tho.
Mira, boleh bagi TIPS MENJAGA DARA tak? Ramai Netizen yang dah hilang dara sblm kawin ni.
Adik aku sama sekolah SAB jugak tapi katanya tak pernah pulak dia nampak dia ni naik pentas terima hadiah. Pelik ni