Umum mengetahui bahawa Bella Astillah merupakan rakan baik adik kepada Oktavia Manrose iatu Aprena Manrose. Menerusi Insta Story, Aprena mengakui serba salah terhadap kontroversi melibatkan kakaknya bersama Aliff Aziz.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Ujar Aprena, dia tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan tersebut dan tidak sama sekali mempertahankan tindakan kakaknya itu. Katanya lagi, dia sebagai wanita memahami apa yang dialami oleh rakan baiknya itu.
BACA:“Bini Dah Lawa, Kalau Nak Curang Carilah Yang Lagi Lawa”
“Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Tambahan pula, kedua-duanya sangat rapat dengan saya.
“Cuma yang salah tetap salah. Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Malah dia sendiri sudah memohon maaf atas kelanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memehami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini.
Aprena berharap Bella dan Octavia untuk bertemu empat mata dan dapat menyelesaikan isu tersebut secara baik tanpa perlu berbalas di media sosial. Dalam pada itu, Aprena juga meminta agar Aliff bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.
“Cuma pada akhirnya saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata tanpa perlu berbalas pendirian di laman sosial. Saya harap akan ada penamat yang baik antara mereka. Saya sayangkan mereka sangat.
“Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab ambillah tanggungjawab ini untuk berdepan secara budiman meleraikan segala-gala kekusutan,” tulisnya.