fbpx

“Bini Dah Lawa, Kalau Nak Curang Carilah Yang Lagi Lawa”

Susulan pendedahan Bella Astillah mengenai kecurangan suaminya semalam, ruangan komen Instagram Aliff Aziz dihujani dengan kecaman netizen yang ingin melepaskan geram di atas tindakannya itu.

Malah ada yang meluahkan rasa marah terhadap Aliff kerana tidak tahu menghargai isteri meskipun diberikan peluang kali kedua selepas isu bersama Afifah Nasir.

BACA: “Tak Patut Keluar Dengan Suami Orang, Terang-Terang Saya Salah”

Rata-rata netizen juga tidak faham mengapa Aliff berbuat sedemikian kerana dia mempunyai isteri yang cantik dan anak yang comel. Tidak kurang juga ada yang mengatakan, jika ingin berlaku curang sekalipun, carilah wanita yang lebih cantik daripada isterinya.

Biarpun dikecam teruk oleh netizen, Aliff terus mendiamkan diri dan dilihat tidak menutup ruangan komen Instagramnya.

Terdahulu, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan tindakan suaminya yang sekali lagi dilihat curang serta mendakwa mempunyai tiga buah video menunjukkan suaminya keluar ke sebuah pusat hiburan bersama pelakon baru Oktovia Manrose.