fbpx

“Salah Ke Kami Berkawan Kalau Tak Bercinta”

Jika anda masih lagi tertanya-tanya tentang status hubungan di antara Kamal Adli dan juga Emma Maembong, apa yang anda harus tahu ialah mereka kini hanyalah berkawan.

BACA: “Saya Keliru Dengan Kenyataan Zahirah”

“Saya pernah berjanji dengan Kamal untuk hadir memberikan sokongan sekiranya dia layak ke peringkat akhir. Saya hanya mengotakan janji yang pernah dibuat dulu. Jadi, jangan gaduh-gaduh kerana kami masih berkawan”

“Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa lagi? Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Memandangkan saya masih solo, tiada salah jika saya berkawan dengan sesiapa saja,” jelas Emma di Instagram.

Kehadiran Emma di pentas final Super Spontan Supertar baru-baru ini menimbulkan tanda tanya peminat yang ada yang kelihatan mempertikaikan tindakannya berjumpa dengan Kamal.

Apa pun, Emma pastinya sudah cukup matang untuk membuat keputusan ketika ini. Mungkin juga mencari teman hidup yang bukan dari kalangan selebriti adalah lebih baik asalkan pasangannya nanti menghormati kerjaya Emma sebagai pelakon. (rtky/s)