fbpx

Sakit Kepala Teruk, Shahrol Shiro Terpaksa Dibedah

Niat untuk menyambut ulangtahun kedua perkahwinan Shahrol Shiro dan isterinya, Nor Farhanah bertukar kepada episod pembedahan gara-gara pelawak ini menderita sakit kepala yang tidak tertahan lagi. Shahrol kini telah selamat menjalani pembedahan pada hidung, Selasa lalu.

BACA: Isteri Mengamuk Shahrol Shiro Layan Bigo Live?

Untuk pengetahuan anda, Shahrol sebelum ini pernah menjalani pembedahan penyakit yang sama (resdung yang serius) pada tahun 2015.

“Pada Ahad lepas pula dia nak sambut ulang tahun kedua perkahwinan kami, malam tu dia sakit kepada teruk sampai terpaksa menangis untuk menahan sakitnya”

“Kemudian pada Isnin saya bawa dia ke hospital semula, doktor buat pemeriksaan dan dapati sinus dia semakin bahaya,” jelas isteri Shahrol kepada mStar Online.

Tambah isteri Shahrol, suaminya itu juga dikatakan bekerja kuat sehingga tidak cukup rehat selain waktu makan dan tidur juga tidak tetap.

“Ketika dia membuat orang gembira tapi dia sebenarnya menahan sakit,” katanya. Sama-sama kita doakan agar Shahrol akan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)