fbpx

“Sakit Hati Bila Dituduh Tak Pandai Didik Isteri”

Di acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 baru-baru ini, ramai yang kurang senang dengan penampilan Stacy yang agak seksi apabila mengenakan pakaian warna kulit disifatkan seperti telanjang.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Malah, ada yang menggelar penyanyi itu wanita akhir zaman. Kecaman tersebut turut terpalit sama suaminya, Akim Ahmad apabila ada yang mengatakan Akim tidak pandai mendidik isterinya.

BACA: “Seram Tengok Baju Stacy, Dah Macam Telanjang”

Akui terguris dengan dengan kecaman tersebut, namun Akim mengharapkan peminat di luar sana terus mendaoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya syukur sebab Stacy yang saya kenal dulu jauh berbeza daripada dia yang sekarang dan pakaiannya pun berbeza. Itu adalah progres positif daripadanya sendiri.

“Sebagai suami saya bangga dengan perubahan itu. Bagi yang baru kenal Stacy selepas masuk Islam, mereka boleh bercakap apa mahunya. Pada saya tiada apa-apa isu pun.

“Mula-mulanya saya agak sakit hati apabila tuduh saya tak didik isteri. Macam kita tak buat kerja kita pula. Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat. Terima kasih kepada mereka yang berkata-kata sedemikian dan harap mereka terus doakan yang baik-baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelas Akim lagi, dia tidak menyangka pakaian Stacy itu akan mencetuskan kontroversi kerana kain yang dipakai tebal dan tutup sampai ke buku lali.