fbpx

“Sakinah Kahwin? Sumpah Saya Tak Tahu…”

Hangat diperkatakan mengenai dakwaan Sharifah Sakinah sudah berkahwin dengan jejaka Mat Saleh yang dikenali sebagai Michael Hansén, kakaknya pelakon Sharifah Shahira berkata dia tidak tahu menahu tentang dakwaan itu.

Menurut Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera berkata dia dan juga ahli keluarga lain tidak pernah tahu Sakinah sudah menamatkan zaman janda. Ujarnya, jika benar adiknya sudah berkahwin pasti ahli keluarga akan tahu.

BACA: Sharifah Sakinah Dah Kahwin Dengan Mat Saleh?

“Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke. Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia,” katanya.

Dalam pada itu, Sheira berkata Sakinah seorang yang suka mengusik dan mungkin komen balas emoji cincin itu hanya gurauan sahaja.

“Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.

“Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je,” katanya ketawa.

Terdahulu, menerusi foto mesra mereka di kolam renang, akinah didakwa memberi ‘hint’ bahawa dia sudah berkahwin. Ada netizen berpendapat mereka perlu segera mendirikan rumah tangga dan komen itu dibalas oleh Sakinah dengan emoji cincin.

Melihatkan perkongsian Sakinah itu, rata-rata netizen mendakwa pasangan itu sudah pun berkahwin namun tidak didedahkan kepada umum.