Sakan Bercuti, Nelydia Senrose Tanggal Tudung?
Dilihat tampil berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah beberapa bulan lalu, pelakon Nelydia Senrose mengejutkan ramai apabila tidak berhijab.
Menerusi beberapa perkongsian di IG Story, pelakon itu dilihat melakukan aktiviti santai bersama adiknya iaitu Raysha Rizrose tanpa memakai tudung. Difahamkan, Nelydia dan keluarga kini sedang bercuti di Bali Indonesia.
BACA: Mula Bertudung, Nelydia Senrose Akui Bimbang Hati Berbolak Balik
Dalam satu temubual sebelum ini, Nelydia berkata dia menjalani penghijrahan ini selangkah demi selangkah dan masih belajar.
“Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.
“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.
“Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” katanya.
Dalam pada itu, dia mahu menjadi muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik.
- SUMBER
- Harian Metro
Its ok tudung tu your choice nak pakai ke tidak. Yang bising dalam socmed tu jeles je, diri pun tak terjaga nak komen macam pintu syurga tu untuk yg pakai tudung je.
Xde org peduli nk komen. Perkembangan yg menarik! Teruskan momentum utk x peduli hal these so called celebrities
Lakukan yg wajib sempurna yg wajib dan tggal yg d larang, dunia hanya sementara. InshaaAllah sesama kta doakan sesama islam. Dan smoga doa2 kebaikan itu jgk brbalik kpd kta dan keturunan kta.