Mula Bertudung, Nelydia Senrose Akui Bimbang Hati Berbolak Balik
Sejak bulan lalu perkongsian pelakon Nelydia Senrose menjadi perhatian apabila dilihat tampil berhijab, Tidak mengumumkan mengenai perkara itu, Neldyia berkata dia tidak mahu imejnya menjadi perhatian ramai.
Mula bertudung sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada Disember lalu, Nelydia berkata dia dalam proses belajar dan istiqamah.
BACA: Nelydia Senrose Sudah Berhijab?
“Saya sebenarnya tak berani nak ulas sangat perkara ini kerana saya sebenarnya masih dalam proses pembelajaran. Saya nak jalani proses penghijrahan ini perlahan-lahan tapi pasti. Memang saya nak ke arah itu. Saya cuma tak berani cakap lebih.
“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Nelydia berkata dia mahu menjadi muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik.
“Saya akui bimbang sekiranya hati berbolak-balik. Apapun saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okey, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.
Tambah Nelydia lagi, keputusannya untuk bertudung tidak menjejaskan kerjaya seninya, malah dia sudah mendapat beberapa tawaran berlakon.
- SUMBER
- Harian Metro
Ye la mmg ko berlakon pun watak2 tipikal malay gurl bertudung, jatuh cinta and family conflict cmtu je laa. Ko x penah pun berlakon watak penggoda ke, watak gro ibu tinggal yg terpaksa sara anak OKU ke, watak perempuan psycho yg gemar seksa lelaki hingga mati kerana dia masa bdk2 jd mangsa rogol dan dera oleh bapak dia ke. Atau apa2 watak berat yg bnyk main karekter dan emosi.
biarlah dia dia nak buat @ cuba yang terbaik. Doa yang baik2 sudah & membawa pahala kpd kita jua
Betul [email protected]…Semoga Istiqomah Nely…
pakai sebab takut netizen atau nak buat perubahan? kenbanyakan artis takut cemuhan peminat dan netizen.
Doa banyak2 nely semoga Allah tetapkan hati awak untuk istiqamah sehingga ke nafas terakhir…
Doa banyak2 Allah tetap kan hati..Kalau datang lagi perasaan tak tentu arah..ingat satu..mati tu pasti dan tak tau bila. Moga Allah tidak bolak balikkan hati.
Bulan puasa kita pun mula pakai tudung
pakai tudung mekap sekati