fbpx

Sajat Sedih Ada Pihak Mahu Tuntut Hak Penjagaan Anak Angkat

Umum mengetahui usahawan kosmetik Nur Sajat mempunyai sepasang anak angkat kembar. Bagaimanapun sejak semalam, Sajat ada memuat naik satu posting menyatakan ada pihak yang didakwa cuba mengambil hak penjagaan dua anak angkatnya itu.

Menerusi perkongsian tersebut, Sajat meluahkan rasa sedih ada pihak mahu pisahkannya dengan kedua anak angkatnya yang sudah hampir empat tahun hidup bersamanya.

BACA: Wan Maimunah Sedih Aliff Syukri, Sajat Permainkan Namanya

Sajat memberi turut amaran kepada pihak tersebut agar tidak menyentuh anaknya atau jangan cuba berani untuk mengambil mereka. Dalam pada itu, Sajat turut berharap agar dirinya diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan tersebut.

Dalam satu lagi perkongsian, Sajat turut meluahkan isi hatinya bahawa selama ini dia menjaga kedua anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Malah, turut menyenaraikan apa yang telah diberikan kepada anak-anaknya.

“Walaupun pun mereka ini siapa pun ,saya tak perlulah nak ceritakan latar belakang anak anak saya.. bagi saya, saya dah mendapat amanah yang sangat baik dan sempurna dari Allah swt. Cukup saya menjaga,mendidik,mencintai anak anak saya dengan baik dan sempurna.

“Walaupun ramai yang membenci saya,boikot saya,atau apa apa pandangan anda pada saya, saya tak boleh paksa anda menyukai saya,” tulisnya.

Diruangan komen, meskipun ramai yang mengecam serta mempersoalkan mengenai isu jantinanya namun ramai yang meluahkan rasa simpati dan isu berkaitan anak bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main.

Kata netizen lagi, siapa pun Sajat sebenarnya tidak perlulah kaitkan dengan isu jantina kerana dia lebih baik dari perempuan diluar sana yang tidak berhati perut membuang anak. Bagaimanapun ada yang mengatakan, anak-anak itu sepatutnya diberikan kepada orang yang lebih baik untuk dijadikan tauladan.