fbpx

Sajat Nafi Taja Pertandingan Ratu Cantik Transgender

Kerana minatnya dalam bidang ratu cantik, usahawan kosmetik popular, Sajat kini melebarkan sayapnya dengan menaja Miss Grand Malaysia 2019. Seperti sudah dijangka, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengaitkan pertandingan yang ditajanya itu dengan isu transgender.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Bagaimanapun, Sajat menegaskan pertandingan itu terdiri daripada peserta wanita dan isu trangender tidak sepatutnya timbul kerana dia hanya bertindak sebagai penaja sahaja.

BACA: Disaman RM200,000, Sajat Lantik Siti Kasim Jadi Peguam

“Tak ada isu transgender dan tak mungkin orang akan kaitkan langsung dengan Miss Grand Malaysia. Segala maklumat awal dikongsi mengenai pertandingan ini juga sudah menjelaskan bahawa calon yang menyertainya terdiri daripada golongan yang 100 peratus wanita.

“Yang nak membawang, teruskan membawang, kerana saya hanya bertindak sebagai penaja saja. Kalau mereka tetap rasa ada transgender, terpulang, kita tak boleh halang tapi yang pasti pertandingan ni memang untuk wanita,” katanya kepada MalaysiaKini.

Kata Sajat, dia tampil sebagai penaja kerana menyedari kurangnya pembiaya yang ingin menghulurkan dana bagi pertandingan tersebut dalam masa sama mahu mengangkat martabat wanita Malaysia ke mata dunia.

“Wanita di Malaysia memang cantik cuma saya berasakan organisasi yang mengetengahkan bakat ratu cantik seperti ini masih kekurangan sesuatu.

“Secara tidak langsung saya boleh membantu mengangkat martabat wanita di sini terutama selepas melihat negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Kemboja pun mampu hantar wakil ratu cantik berkualiti tahun demi tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat mendedahkan pihaknya melaburkan wang sehingga ratusan ribu untuk pertandingan tersebut namun tidak didedahkan nilainya secara terperinci.