Gara-gara gagal membekalkan produk bengkung dan girdle yang ditempah dan dibayar oleh stokis, Nur Sajat telah disaman oleh bekas pekerja, syarikat OWA Resources bernilai hampir RM 200,000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.
BACA: “Kita Berubat Saja, Tak Nak Tuduh Siapa-Siapa” – Ibu Sajat
Bagi berdepan saman ke atas syarikatnya, Sajat telah melantik dua peguam sebagai wakilnya di mahkamah iaitu, Siti Kasim dan Ajeet Kaur. Menurut Ajeet saman tersebut difailkan oleh dua individu.
“Dalam tindakan ini Nur Sajat Aesthetic telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap Syakir dan Nurwati atas kerugian dan kehilangan yang dialami akibat salah laku oleh mereka”
“Tindakan ini belum didengar atas meritnya lagi. Pihak Nur Sajat Aesthetic tidak akan memberikan komen sehingga tindakan ini didengar atas merit melalui perbicaraan penuh,” jelasnya. (rtky/w)