fbpx

Sajat Mohon Maaf Isu Pondan Tak Kena COVID-19, Dakwa Dianiaya

Semalam hangat diperkatakan apabila tular video mengenai Nur Sajat apabila usahawan kosmetik itu mendakwa belum ada pondan terkena wabak Covid-19. Perkara itu mengundang kemarahan ramai termasuk Ustaz Husam yang memintanya segera bertaubat.

Tampil memohon maaf mengenai isu berkenaan, Sajat menjelaskan video itu sengaja disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat membangkitkan kemarahan orang ramai. Katanya, dia hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan golongan pondan pembawa wabak berkenaan.

BACA: “Tak Pernah Lagi Pondan Kena COVID-19, Mana Ada”

“Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.

“Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca.

“Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sajat, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung semata-mata nak bercakap mengenai isu itu. Malah, Sajat turut mempersoalkan mengapa bahagian itu sahaja dipotong dan ditularkan.

“Bagi yang selalu menonton IG ‘live’ saya mesti tahu dan sedia maklum soalan yang dilemparkan netizen.

“Macam video yang tular ini, saya buat ‘live’ bukan semata-mata nak bercakap isu itu. Kalau betul hanya isu terbabit, kenapa versi pendek saja ditularkan? Kenapa tak letak yang penuh? Disebabkan itu, kena tengok versi penuh video baru anda faham,” katanya.