fbpx

“Tak Pernah Lagi Pondan Kena COVID-19, Mana Ada”

Baru sahaja reda isunya bertelekung ketika menunaikan umrah, nampaknya Nur Sajat sekali lagi terpalit kontroversi apabila tular satu video usahawan kosmetik itu mengatakan belum ada lagi golongan transgender terkena jangkitan COVID-19.

Menerusi video tular itu, Sajat seakan bangga golongan transgender tidak dijangkiti wabak tersebut. Difahamkan video tular itu dimuat naik oleh seorang pendakwah bebas yang mengulas isu tersebut kerana tindakan Sajat itu seperti mencabar kekuasaan Allah.

BACA: Sajat Berang Dituduh Punca Musibah, Tanah Suci Ditutup

https://www.instagram.com/p/B-wYRUKJyaQ/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

“Tak pernah lagi pondan kena Corona, betul tak? Cuba awak tengok, ada tak pondan kena Corona. Tak ada lagi, mana ada,” katanya.

Video tular itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas Ustaz Ahmad Husam yang meminta Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman segera bertaubat. Ujarnya, meskipun sudah bermacam- macam nasihat sudah diberi kepada Sajat ia seolah-olah tidak dipedulikan.

“Saya nasihatkan jangan cuba-cuba mencari atau menjemput kemurkaan Allah SWT kepada kamu.
Kamu ingat murka Allah, laknat Allah ini satu benda untuk dipermainkan ke? Sebenarnya, kita dianjurkan oleh agama supaya berdoa pada Allah, dijauhkan dari murka Allah, laknat Allah.

“Kamu kena ingat, laknat Allah datang bukan satu jenis, dua jenis, macam-macam jenis dan pelbagai cara. Saya mohon Sajat, kamu bertaubatlah pada Allah SWT. Bertaubatlah segera kepada Allah,” katanya.