fbpx

“Sajat, Menyerahlah. Ikut Undang-Undang”

Susulan isu murtad Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkannya untuk menghormati undang-undang dan agama Islam.

Aliff turut meminta Sajat menyerah serta tidak mempermainkan isu murtad sebaliknya menjadi seorang manusia yang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

BACA: “Saya Keluar Daripada Agama Islam, Itu Lebih Afdal”

‘Kita sebagai seorang manusia, perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi.

“Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia sudah lama tidak berhubung dengan Sajat namun mendiakan agar sahabatnya itu sentiasa tabah dengan segala ujian.

“Saya tidak mahu terlibat dalam urusan dia dan sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung. Saya doakan yang terbaik untuk dia,” katanya.

Terdahulu, kecoh mengenai satu video mengenai Sajat memaparkan usahawa kosmetik itu seolah memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam.