fbpx

“Saya Keluar Daripada Agama Islam, Itu Lebih Afdal”

Masih belum ditemui, semalam polis Selangor memaklumkan pihaknya sedia membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mengesan usahawan kosmetik Sajat yang dipercayai sedang bersembunyi.

Terbaru, usahawan kosmetik itu sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tular videonya memaparkan seolah memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam.

BACA: Polis Selangor Sedia Bantu JAIS Buru Sajat

Menurut Harian Metro, menerusi video itu berdurasi 1 minit 48 saat itu, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila video tersebut dimuat naik.

“Saya baca, tak salah kita buat research agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. Lepas JAIS keluarkan statement itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat mendakwa apa yang berlaku terhadapnya membuatkan dia berfikir untuk berniat menukar agama.

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat,” katanya.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.

Menurut sumber, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah dan kemungkinan masih berada di kawasan Lembah Klang.