fbpx

Sajat Kini Di Australia, Sudah ‘Cerai Talak 3’ Dengan Malaysia

Sekian lama menghilangkan diri sejak hangat diperkatakan mengenai penahanannya di Bangkok, Thailand bulan lalu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman muncul di IG Live tengah hari tadi.

Menerusi sesi live itu, Sajat memaklumkan dia kini berada di Australia dan sedang menjalani kuarantin di negara itu.

BACA: “Jangan Pandang Hina Pada Sajat, Sebaliknya Bantu Bimbing” – Mufti

Sajat turut berkongsikan dirinya sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi diri sendiri. Ujarnya lagi, dia mempunyai perancangan untuk membuka perniagaan di negara itu. Kata Sajat lagi, dia juga akan menghadiri wawancara di salah satu media di Australia untuk bercerita mengenai dirinya.

“Saya sangat happy sekarang, saya boleh jadi diri sendiri, boleh tenang tak ada gangguan. Saya hanya nak fokus perniagaan. Saya boleh pakai apa saja dekat sini, saya tak ganggu siapa-siapa pun.

“Pasal saya punya jantina, dekat sini jantina saya wanita, deorang dah check semua head to toe, saya tak perlu ragu-ragu dah,” katanya.

Mengulas mengenai pertanyaan netizen mengenai kesnya apabila dia perlu ‘menyeludup’ masuk ke negara jiran untuk melarikan diri, Sajat berkata apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka.

Jelasnya lagi, dia sentiasa menghormati kerja pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas dengan baik.

Sementara itu, menjawab mengenai soalan agama, usahawan sensasi itu menjelaskan ianya perkara peribadi serta memberitahu dia tidak akan mengaku hal berkaitan jantinanya sehingga ke lubang kubur.

Kata Sajat lagi, dia tetap wanita dan meluahkan rasa kecewa apabila ada yang memintanya untuk berubah sedangkan dalamannya seorang wanita.

Diakhir sesi live itu, Sajat turut mengesahkan dia sudah pun bercerai ‘talak tiga’ dengan Malaysia dan tidak akan kembali lagi.