fbpx

“Jangan Pandang Hina Pada Sajat, Sebaliknya Bantu Bimbing” – Mufti

Golongan agamawan mahupaun pihak berkuasa agama Islam tidak sepatutnya memandang hina kepada usahawan kosmetik Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman serta golongan sepertinya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya pihak berkenaan bersimpati dengan golongan itu dan cuba membimbing dan menasihati mereka semampu yang boleh.

BACA: Adik Minta Sajat Diberikan Satu Lagi Peluang

Katanya lagi, menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama sekiranya mereka tersasar daripada landasan hidup.

“Mereka mungkin sukar menerima nasihat kerana sudah terbiasa berada di jalan yang salah, namun inilah kewajipan kita untuk membantu sesama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati Sajat supaya menginsafi bahawa dia tersalah memilih gaya hidup yang menyimpang daripada syariat Allah dan hukum tabii.

“Dia memilih untuk terus berada di dalam khayalan dan kepura-puraan. Sepatutnya, dia akur dengan ketetapan Ilahi yang mencipta dirinya sebagai seorang lelaki, bukan perempuan dan bukan khunsa.

“Masalah jantina bukan pilihan kita tetapi ketetapan Allah Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Sajat telah pun ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.