Sudah hampir sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), usahawan kosmetik, Sajat masih belum dikesan sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, Sajat dilihat aktif di media sosial miliknya. Terbaru, Sajat ada memuat naik status di Insta Story meluahkan rasa rindu terhadap dua anak angkatnya.

BACA: Polis Syak Sajat Berada Di Luar Negara

Kata Sajat lagi, dia hari-hari menangis kerana terlalu rindukan dua orang anak angkat iaitu pasangan kembar Syaza dah Syahmi.

Menerusi entri itu, Sajat turut mempersoalkan mengapa terjadi perkara seperti ini sehingga dia terpaksa berpisah dengan anak-anaknya.

Terdahulu, pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat tau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berada di luar negara.