fbpx

Polis Syak Sajat Berada Di Luar Negara

Sudah hampir sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapun Sajat masih belum berjaya ditangkap sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.

Terbaru, pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat tau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berada di luar negara.

BACA: “Bila Masa Saya Menyorok, Muka Cantik Nak Menyorok? Merepek!”

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, usaha mengesan Sajat diteruskan dengan kerjasama pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Tindakan masih diambil untuk mengesan Sajat, ada berita menyatakan dia berada di luar negara dan kita masih lagi melakukan pemantauan.

“Sajat (kes) kerjasama di antara pihak IPK Selangor dengan JAIS, ia masih dalam tindakan kita,” katanya.

Minggu lalu, Sajat muncul secara live di Instagram, bagaimanapun, Sajat tidak menunjukkan wajah kepada warganet selain mengatakan dirinya dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Sajat menafikan kononnya dia bersembunyi dan berkata pihak berkuasa tidak mencarinya, serta yakin polis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding dirinya.