fbpx

Sajat Gagal Serahkan Kad Pengenalan Kepada Mahkamah

Usahawan terkenal, Nur Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruzaman gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya ketika dipanggil mahkamah untuk dibaca pertuduhan.

BACA: Gagal Bayar Cukai, Nur Sajat Akan Didakwa Di Mahkamah

“Saya tidak bawa ic (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,” katanya ketika hadir ke mahkamah diatas siang tadi bagi pendakwaan gagal membayar cukai di mahkamah Shah Alam.

Bagaimanapun prosiding tetap diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan Sajat kepada mahkamah. Terdahulu Sajat mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa. Dalam prosiding itu Sajat menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. (rtky/w)