fbpx

Gagal Bayar Cukai, Nur Sajat Akan Didakwa Di Mahkamah

Baru saja pulang dari Thailand, hari ini nama Nur Sajat telah tersenarai dalam kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam apabila gagal membayar cukai. Menerusi laporan, Sajat hadir di perkarangan mahkamah pagi tadi.

BACA: Nur Sajat Taja Pekerja Mancungkan Hidung Di Thailand

Dalam prosiding itu, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa. Bagaimanapun setakat ini Sajat masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Terdahulu Sajat yang terbang ke Thailand menyaksikan Miss Universe 2018, turut membawa beberapa pekerjanya untuk mendapat ‘wajah baru’ atau membuat hidung sempena hadiah tahun baru. (rtky/w)