fbpx

Sajat Dikecam Lagi, Tayang Lurah Promosi Produk

Nama usahawan Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Boleh dikatakan populariti Sajat kini mengalahkan selebriti. Apa saja video yang dimuat naik pasti akan menjadi perhatian netizen.

Beberapa minggu lalu, nama Instafamous Riz Ulala menjadi buah mulut netizen apabila tular di media sosial video yang menampakkan payudaranya.

Kali ini giliran Sajat pula. Terbaru, video yang dimuat naik oleh Sajat dikecam teruk oleh netizen. Menerusi video tersebut, Sajat dilihat menayangkan lurah payudara untuk mempromosikan produknya.

https://www.instagram.com/p/BiO1VB4HHI8/?utm_source=ig_embed

Seperti sudah dijangka, tindakan Sajat itu menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang berpendapat, Sajat seolah-olah mahu membuktikan dirinya perempuan tulen.  Tidak kurang juga ada yang menganggap tindakan Sajat itu sangat keterlaluan dan mahu menjatuhkan maruah kaum wanita.

Orang perempuan tak buat macam ni

Mahukan Sajat yang dulu

Walaupun sering dikecam, Sajat masih lagi mempunyai peminatnya tersendiri yang mahukan dirinya dahulu yang tidak seksi tapi masih lagi cantik.

Tetapi ada juga netizen yang seperti batu api dengan mengatakan Sajat bertindak sedemikian kerana mahu bersaing dengan pondan popular Riz Ulala.