fbpx

Sajat Didakwa Sembunyi Elak Dicekup JAIS

Rabu lalu hangat diperkatakan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan anggotanya memburu usahawan kosmetik, Sajat selepas mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Ia susulan kegagalan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menghadiri prosiding kes berpakaian wanita Selasa lalu.

BACA: Badan, Muka Bengkak Punca Sajat Tak Hadir Mahkamah

Terbaru, memetik laporan Kosmo Sajat didakwa bersembunyi bagi mengelakkan dirinya dicekup oleh JAIS.

Setakat 9 malam tadi, pihak penguat kuasa masih gagal mengesan keberadaan Sajat. Menurut sumber, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan kepadanya.

“Dia hanya mengemukakan surat MC (sijil cuti sakit) selama dua hari yang diperoleh daripada hospital kerajaan kepada Peguam Syarienya, Zuri Zabuddin Budiman menerusi aplikasi WhatApps. Sajat kemudiannya terus menghilangkan diri sehingga kini,” kata sumber.

Difahamkan, semalam Sajat masih lagi aktif mempromosikan produk peniagaannya iaitu bengkung dan emas. Malah, Sajat turut membalas komen netizen mengatakan dia tidak perlu bersembunyi kerana dia bukannya melakukan kesalahan berat seperti jenayah bunuh.