fbpx

Sajat Diburu Polis, Bantu Kes Penipuan Maklumat Kad Pengenalan

Selepas diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), usahawan kometik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

BACA: “Saya Tak Tahu Pasal Sajat, Kalau Boleh Tak Nak Ambil Tahu…” – Adik Sajat

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit,” katanya

Terdahulu, media melaporkan Sajat didakwa bersembunyi di Thailand setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.