“Saya Tak Tahu Pasal Sajat, Kalau Boleh Tak Nak Ambil Tahu…” – Adik Sajat
Sudah beberapa bulan dalam buruan polis, usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum dikesan sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.
Bagaimanapun, Sajat dilihat tetap aktif memuat naik perkongsian di media sosial miliknya. Sejak kebelakangan ini, adik perempuannya dikenali sebagai Mustika menjadi perhatian ramai di aplikasi TikTok.
BACA: Adik Perempuan Berlakon Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur
Memetik portal mStar Online, Nur Mustika Kamaruzzaman mengakui sudah penat melayan pertanyaan netizen yang sangsi dengan jantinanya.
“Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.
“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya,” katanya.
Menerusi temubual tersebut, Mustika sempat mendedahkan mengenai peribadi Sajat yang agak berbeza seperti yang dipaparkan di media sosial dimana abangnya itu seorang yang pendiam.
“Dia diam dan jenis yang memerhati. Bila dia bercakap jadi kelakar sebab dia bukan seorang yang ‘talkative’. Dia banyak berfikir,” katanya.
Ditanya mengenai keberadaan abangnya, Mustika berkata keluarga sendiri juga tidak tahu. Katanya lagi, dia juga tidak mahu mengambil tahu tentang Sajat kerana sudah ada kehidupan sendiri.
“Saya tak tahu fasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu, bukan sebab tak kisah pasal dia… tetapi saya ada kehidupan saya sendiri. Apa yang dia tengah lalui itu terlalu besar, mungkin hanya dia sahaja yang boleh selesaikan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Propa je ni…
Nanti adik dia ambil alih business tu kan?
Sekeluarga kuat menipu
Plot twist: dia sebenarnya sajat tengah menyamar. Lol.
Lainla jugak.kalu tkde filter tak lawa lgsung kot..lawa sajat lagi.yg penting aku mmg lagik lawa.the end
nampak sgt kiah cun mentaliti KAMPUNG. sajat tu cantik potong sana sini, bontot tu pun pakai implant, tetek tu kalau buang harimau pun tak selera. taksub sgt dgn benda2 fake. tau la selalu beli brg gred AAA / copy vietnam, tp perangai tu tak payah la jakun sgt. kalau kau banding dgn eina azman tu boleh ampun lg la…mcm bodoh je ckp sajat cantik.
Mungkin betul kata kau gal gadut…
Mungkin dia ni akn ambil alih bisnes
So, dia nk buat intro dulu ni….nk kenalkan diri dulu….
Ye lah. Sajat kn dah jd mcm pelarian skrg.
X dpt urus bisnes….so dia ni nk ambik alih
Dia nk bg org kenal dulu ni…
Taktik bisnes sajat kn camni…buat mcm2 kontroversi demi bisnes supaya nama x pudar…