fbpx

Sajat Berang Digoda Suami Orang

Perkongsian usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa berang menerima gambar ‘bukan-bukan’ daripada lelaki.

Menerusi IG Story, Sajat berkata lelaki yang menghantar gambar itu adalah berstatus suami orang. Katanya lagi, ia semakin menjadi-jadi jika dia tidak melayan mesej golongan lelaki berkenaan.

BACA: Polis Sudah Kenal Pasti Lokasi Persembunyian Sajat

Bagaimanapun, Sajat berkata dia tidak berminat dengan golongan ‘buaya darat’ itu lebih-lebih lagi mereka sudah berkahwin. Kata Sajat lagi, jika isteri mereka mendapat tahu tentang perbuatan suaminya pasti akan merasa sedih.

Dalam pada itu, Sajat turut meminta para isteri supaya memeriksa telefon suami mereka, bukan kerana tidak percaya tetapi bimbang jika ada yang berperangai sedimikian di belakang isteri.

“Para bini rajin-rajinlah buat sport check kat handphone suami yer… bukan kita tak percaya, just double check kalau-kalau si suami buat macam itu.

“Sebab tak faham mamat ini, hantar mesej ibarat macam tak ada bini kat sebelah!! Giler ke apa jantan macam ini… memaksa-maksa dah tak betul kot. Tahulah lockdown,” tulisnya.