fbpx

Polis Sudah Kenal Pasti Lokasi Persembunyian Sajat

Selepas beberapa bulan menghilangkan diri, polis memaklumkan sudah mengenak pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Memetik laporan Astro Awani, bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed enggan mendedahkan lokasi berkenaan kerana bimbang menganggu siasatan.

BACA: Sajat Diburu Polis, Bantu Kes Penipuan Maklumat Kad Pengenalan

“Kita tahu, cuma saya tak boleh dedahkan kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan,” katanya.

Semalam, Polis Ampang Jaya dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Terdahulu, media melaporkan Sajat didakwa bersembunyi di Thailand setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.