fbpx

Saharul Ridzwan Tidak Kisah Jantina Anak

Bakal menimang cahaya mata sulung pada Jun ini, Saharul Ridzwan dan isteri memilih untuk tidak mengetahui jantina tersebut sebagai kejutan untuk mereka. Mengakui tidak sabar untuk menanti kehadiran orang baru, Saharul memberitahu keadaan isterinya kini dalam keadaan baik dengan usia kandungan sudah memasuki lima bulan.

BACA: Saharul Ridzwan Tunai Umrah Bersama Isteri

“Sejujurnya saya dan isteri tidak kisah soal jantina anak kerana paling penting bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Memang kami sengaja tidak mahu tahu kerana inginkan kejutan ketika dia lahirkan nanti walaupun doktor sudah melihat jantinanya ketika imbasan”

“Alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik dan seperti pasangan lain yang bakal menimang cahaya mata kami pun tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung kami,” jelasnya kepada m Star Online yang teruja menantikan bayi sulung mereka.

Sebelum ini, Saharul dan isteri telah berangkat ke tanah suci Mekah dan selamat menjalani ibadah umrah dengan sempurna. Berkongsi mengenai pengalaman itu, Saharul memberitahu pemergiannya ke Mekah bersama isteri dan bayi di dalam kandungan merupakan kenangan terindahnya walaupun sebelum ini pernah berkunjung ke sana bersama keluarga. (rtky/w)