fbpx

Saharul Ridzwan, Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah buat Saharul Rizdwan dan juga isteri Deena Amir kerana bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan oleh Saharul di laman Instagram. Nampaknya tidak lama lagi, Muhammad Ali akan dapat adiklah ya?

Menerusi perkongsian tersebut, Saharul meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang diberikan Allah dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

BACA: Rasa Bersalah, Saharul Ridzwan Pernah Niat Berhenti Berlakon

https://www.instagram.com/p/B4C9L8lJ_q1/?utm_source=ig_embed

Saharul sempat menitipkan pesanan romantis untuk isterinya dengan ucapan terima kasih di atas pengorbanan besar isterinya itu serta luahan rasa sayang.

“Alhamdulillah, terima kasih untuk doa anda semua sebelum ini. Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah. Alhamdulillah syukur.

“Terima kasih isteri untuk pengorbanan besar dalam hidup awak sekali lagi. Saya sayang awak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Deena Amir menerusi perkongsiannya di Instagram turut berkongsikan foto alat ujian kehamilan dan memaparkan usia kandungan melebihi tiga minggu. Menurut Deena lagi, dia mengharapkan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan.