fbpx

Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa

Menerusi Instagram, Saharul Ridzwan berkongsikan berita gembira apabila impiannya untuk sebuah kediaman yang lebih selesa dan menyenangkan untuk keluarganya akhirnya tercapai.

Saharul turut meluahkan rasa syukur kerana doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah yang mempunyai kemudahan parkir yang lebih efisyen telah pun dimakbulkan.

BACA: Saharul Ridzwan Akui Pernah Boros Berbelanja Sampai Berhutang

https://www.instagram.com/p/CCtK2XNJC9b/?utm_source=ig_embed

“Rasanya dua tahun lepas, saya pernah post di Instagram, saya doa, saya nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga. Tak perlu naik lif sebab setiap kali nak angkat barang macam payah. Lagi-lagi bila beli barang dapur.

“Jadi, tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah saya sendiri ni parkir betul-betul depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah sahaja sampai dah rumah,” kongsinya.

Dalam entri itu, Saharul berkongsikan video memaparkan rumah baharunya yang sedang menjalani proses ubah suai dalaman. Katanya lagi, dia berharap jika diberikan rezeki lagi dia mahu memiliki rumah atas tanah pula.

“Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini.

“Alhamdulillah. Insya-Allah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ya sayang Deena Emir. Kuasa doa, usaha, sabar dan tawakal,” katanya.

Diruangan komen, isterinya turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih buat suaminya itu yang sentiasa menyediakan yang terbaik buat keluarganya.