Ingat dengan entry kami semalam yang bertanyakan sama ada Chef Riz & Ana Dahlia kini di’lamun cinta?

Ya. Hari ini melalui mStar Online, Chef Riz sendiri mengakui yang mereka sudah mengenali hati budi selama lebih 6 bulan.


Percintaan mereka juga di’katakan telah mendapat restu dari ayahanda Chef Wan dan tiada masalah bagi beliau untuk mengambil langkah seterusnya.

Chef Riz sudah bersedia untuk melamar Ana Dahlia & bercadang untuk bertunang akhir tahun ini — dan semuanya masih dalam perbincangan.

Apa yang buat mereka serasi? Makanan. Chef Riz berkata Ana Dahlia seorang yang suka makan & beliau seorang yang suka memasak. Jike bertemu, topik masakan pasti tidak ketinggalan untuk di’bincangkan.

Chef Riz juga tertarik dengan sifat kewanitaan yang menebal dalam diri Ana Dahlia sepanjang perkenalan mereka. Di pihak Ana Dahlia, sifat pemurah & peramah Chef Riz membuka hati beliau untuk menerima jejaka ini sebagai kekasih.