fbpx

Sejak beberapa hari lalu, peminat dunia hiburan bermain teka teki tentang status pertunangan Ally Iskandar.

Dalam kekecohan kisah putus tunang Khairul Fahmi-Elia, pastinya satu lagi kisah putus tunang selebriti menjadi isu hangat.

Dalam kenyataan terbaru di portal hiburan Gua.com.my, Ally Iskandar mengakui yang ikatan pertunangan beliau sudah sampai ke’akhirnya.

Ally Iskandar & Nur Aishah Zainal bertunang 11 Februari lalu namun setelah 5 bulan, masing masing mengambil kata sepakat untuk berpisah.

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar.”

“Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

Tidak mengapa. Masing masing masih muda, masing masing insan dan selebriti yang marketable. InsyaAllah akan berjumpa pengganti atau lebih baik, ada jodoh kembali antara mereka. Siapa tahu.