Usahawan kosmetik Safiey Illias menyatakan dia bersedia untuk untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya. Ujarnya dia lebih selesa bersua muka berbanding teguran menerusi surat terbuka di media sosial.

Safiey turut menyindir golongan pendakwah yang hanya tahu menyalak di media sosial semata-mata untuk meraih perhatian dan pengikut yang ramai. Malah, Safiey berkata ibu bapanya juga turut bersedia untuk bertemu.

BACA: Nak Sambung Belajar Di Australia, Safiey Illias Bakal Jadi Peguam

“Saya bersedia berjumpa dengan mana-mana PU (pencetus ummah), ratu motivasi atau ratu syurga. Jangan pumpang (menyalak) di media sosial sahaja demi mendapat exposure, like dan pengikut.

“Mak ayah saya pun bersedia. Menunggu juga ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah. Tak kan apa-apa cuma surat terbuka untuk Safiey Illias. Awak ingat aku ratu surat terbuka?,” katanya.

Kata Safiey lagi, sekiranya benar ingin menyampaikan dakwah kepadanya, biarlah dengan cara yang lebih ikhlas dan jujur, bukan berlindung di balik agenda tersembunyi.

Safiey memberitahu sesiapa sahaja boleh terus menghubunginya kerana maklumat dirinya diletakkan secara terbuka di media sosial. Safiey turut meminta agar pendakwah yang lain untuk mencontohi Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan dakwah.

“Nombor telefon pun ada dekat profil bio saya, tak ada istilah tak dapat nak WhatsApp dan sebagainya.

“Janganlah jadi ustaz atau PU yang sejenis kejadian alam. Jadilah yang lebih telus, ikhlas dan profesional macam ustaz Ebit Lew. Saya masih menunggu whatsapp daripada PU kejadian alam itu. Terima kasih,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun mesej tersebut dipercayai ditujukan buat PU Syed susulan tindakan pendakwah itu menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal.