fbpx

Nak Sambung Belajar Di Australia, Safiey Illias Bakal Jadi Peguam

Meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi, bagaimanapun menerusi saluran YouTube miliknya, usahawan kosmetik Safiey Illias memaklumkan dia bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

Menurut Safiey, dia merancang untuk mengambil bidang tersebut di sebuah pusat pengajian di Australia bagaimanapun perancangan itu tergendala berikutan pandemik COVID-19 dan sempadan negara tersebut masih ditutup.

BACA: Mahu Terjun Balkoni, Netizen Minta Safiey Illias Tak Buat Kerja Bodoh

Menerusi perkongsian video itu, Safiey berkata dia mahu mengambil jurusan berkenaan kerana mahu menegakkan hak individu lebih-lebih lagi isu berkaitan buli siber serta body shaming di media sosial.

“Kenapa saya pilih bidang guaman walaupun saya adalah bakal doktor. Bagi saya, bidang guaman menegakkan hak-hak dan saya sgt membangkang sebarang isu buli siber dan juga body shaming . Lagi-lagi orang yang tengah ada masalah atau kemurungan macam saya,” tulisnya.

Malah, Safiey turut memberi amaran kepada netizen agar tidak sesuka hati melemparkan fitnah kepadanya selepas ini kerana dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Awas, Ratu Semesta Alam bakal menjadi Ratu Undang-Undang. Kata-kata saya tak kosong ya. Kau jangan macam-macam, nanti kau kena tangkap dan kena reman 24 jam,” katanya.

Terdahulu, Safiey menyepikan diri selama beberapa bulan kerana menghidapi penyakit depresi. Bagaimanapun, kini dia bangkit semula dengan azam baru untuk terus berjaya dalam hidup.