fbpx

Safiey Illias Putus Cinta, Tak Mahu Lagi Dikaitkan

Jika anda mengikuti Instagram usahawan kosmetik, Safiey Illias, pasti ramai yang tahu bahawa Safiey mempunyai hubungan rapat dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Syah.

Semalam, Safiey memuat naik posting berkenaan hubungannya dengan lelaki tersebut yang dikatakan sudah tiada apa-apa lagi. Safiey juga turut meminta agar netizen tidak mengaitkan lagi dirinya dengan lelaki itu.

BACA: Acara Majlis Tak Senonoh, Safiey Illias Mohon Maaf

Menerusi posting tersebut, turut disertakan kepsyen bahawa dia mahu meneruskan perjalanan hidupnya dan berharap ada wanita lain yang boleh menjaga lelaki itu sebagaimana Safiey menjaganya.

Berapa jam kemudian, Safiey memuat naik satu lagi posting menunjukkan perbualannya dengan usawahan cantik Nur Sajat yang menasihatinya untuk tidak memuat naik status mengenai hubungan mereka di media sosial dan berharap apa saja isu diantara mereka boleh diselesaikan secara baik.

Seperti sudah dijangka, posting tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen yang seperti menyindir terhadap situasi yang berlaku ke atas Safiey. Ada juga yang mengatakan apa yang berlaku itu hanya sekadar gimik semata-mata.

Menerusi posting terbaru hari ini, walaupun tidak mahu dikaitkan dengan lelaki tersebut, Safiey memberitahu dia dan lelaki tersebut masih lagi berkawan baik.