Hari ini tular foto dipercayai anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo yang dikatakan sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.
Menerusi foto yang tular di Threads, seorang pengguna mengatakan Sabronzo didakwa sudah berkahwin serta memuat naik gambar penyanyi itu mengenakan gaun putih bersama seorang lelaki.
BACA: Sabronzo Janji Tak Tinggalkan Dolla Kalau Kahwin
Difahamkan, lelaki yang berjaya menawan hati Sabronzo itu dikenali sebagai Dash Berlin merupakan seorang DJ dari Belanda.
Dikhabarkan perkahwinan tersebut berlangsung dalam suasana penuh privasi melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak di sebuah pantai dipercayai di Bali, Indonesia.
Terdahulu, Sabronzo tidak menafikan malah mengiyakan ketika ini dia sedang menjalin hubungan dengan seorang DJ antarabangsa.
Dalam pada itu, Dolla berkata di tidak akan meninggalkan kumpulan Dolla seandainya dia mendirikan rumah tanga satu hari nanti.