fbpx

“Sabar Wahai Sayangku, Hamzah Kena Kuat Seperti Ayah”

Hampir dua minggu pemergian Allahyarham Abam Bocey, baru-baru ini balu arwah berkongsikan video sedih memaparkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sedang menonton video nyanyian bapanya.

Lebih pilu, Hamzah yang kini berusia 8 bulan cuba menyentuh skrin telefon berkenaan seolah merindui bapanya. Noor Hidayah berkata, anaknya akan berhenti menangis sebaik sahaja menonton video bapanya itu.

BACA: Balu Abam Dedah Kereta Ditarik, Tak Dapat Harta Peninggalan

https://www.instagram.com/p/B8s7Jz0hZcY/?utm_source=ig_embed

“Allah mengalir air mata, bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat baru dia berhenti menangis. Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah,” tulisnya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang sebak melihat kedua anak beranak itu serta memberikan kata-kata semangat agar terus tabah menghadapi pemergian insan tersayang.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam panas selama beberapa hari.