fbpx

Balu Abam Dedah Kereta Ditarik, Tak Dapat Harta Peninggalan

Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan harta sekaligus menimbulkan kemarahan netizen.

Ramai yang mengecam tindakan Datuk Seri Aliff Syukri yang bertanyakan soalan tidak sepatutnya kepada balu Allahyarham Abam iaitu Noor Hidayah, namun pendedahan itu membuatkan ramai pihak beranggapan nasib isteri dan anak arwah tidak terbela.

BACA: Ali Puteh Bengang Dengan Aliff Syukri, Cabar Untuk Bersemuka

Menerusi Facebook Live semalam, Aliff ada bertanyakan tentang perancangan Hidayah untuk meneruskan kehidupan selepas bergelar ibu tunggal. Balu Abam berkata selepas ini dia akan menguruskan perniagaan bapanya.

Kemudian, pembantu Aliff bertanyakan mengenai kereta yang sering digunakan Hidayah telah ditarik oleh pihak keluarga Abam sehingga mereka terpaksa menaiki Grab.

“Saya dengar kereta akak kena tarik, bagaimana akak nak uruskan bisnes tu? Boleh akak cerita sikit,” tanya pembantu Aliff.

“Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi,” jawab Hidayah.

“Khabarnya arwah seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya?” tanya Aliff.

“Saya tak tahu belah sana uruskan, sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Ali Puteh menerusi Instagramnya berkata dia akan menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat.

“Nanti saya akan beritahu kenapa saya berkata begitu, InsyaAllah ada kebenaran disitu. Doakan saya hamba Allah yang hina ini,” tulisnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia 10 Februari lalu selepas mengalami demam panas berpanjangan.

Abam meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini berusia lapan bulan.