Penyanyi Wany Hasrita berkata dia paling menantikan sahabat baiknya iaitu Amira Othman bertemu jodoh serta cinta sejatinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Wany berkata turut menitipkan doa agar rumah tangga Amira dan Fattah Amin kekal hingga ke akhir hayat serta dengan matlamat yang sama.
BACA: Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif“ Di Pelamin Fattah & Amira
“Saat yang paling saya tunggu adalah dimana Nadia Amira berjumpa dgn cinta hatinya. Dan semalam , akhirnya dia sudah bergelar isteri.
“Biar setiap cerita disimpan rapi, kita buka lembaran baru. Hiduplah kalian dgn tujuan dan matlamat yang sama, iaitu untuk kita semua dapat berjumpa & berkumpul kembali di Syurga Firdaus nanti, di negeri abadi,” tulisnya.
Sementara itu, Wany berkata meskipun Amira muda setahun daripadanya namun dia menyifatkan penyanyi itu seorang yang sangat matang dan penyabar.
“Walaupun dia muda setahun dari saya, tapi dialah paling kakak, sangat matang, penyabar & tenang orangnya. Saya harap semua yang baik-baik utk dia sekeluarga dunia akhirat,” tulisnya.