fbpx

Okay. Semakin tidak masuk akal metafor yang kami guna untuk tajuk artikel kebelakangan ini. Ini satu petanda tidak baik. Hmm.

Punah harapan kami beberapa hari lalu apabila ada khabar dari Russell Peters sendiri menyatakan yang beliau mungkin tidak dapat hadir ke Malaysia tahun ini.

Namun, perkembangan terbaru dari pihak penganjur telah sahkan yang Russell Peters bakal turun menghiburkan peminat beliau di Stadium Malawati, Shah Alam 12 Mei 2012 akan datang.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, kami belum terima sebarang maklumat berkaitan penjualan mahu pun harga tiket untuk ke persembahan epik Russell Peters & kami akan bawakan maklumat terkini untuk anda secepat mungkin.