Kami pernah menulis tentang Running Man sebelum yang mana mereka telah sah tidak akan hadir menjalankan penggambaran di Malaysia seperti yang digembar gemburkan ramai peminat rancangan ini di laman sosial.

Walaupun berita itu mengecewakan, apa yang kami belajar adalah memang ramai peminat rancangan variasi berasal dari Korea Selatan ini & untuk anda ini merupakan satu berita gembira untuk di’baca.


Beberapa akaun sosial untuk peminat rancangan menulis yang barisan cast Running Man akan turun ke Malaysia pada September ini untuk sesi bertemu peminat — pada tanggal 21 September khabarnya.

#01 Running Man Akan Turun Malaysia Untuk Sesi Bertemu Peminat September Ini - ROTIKAYA

Tiada sebarang lanjut atau kenyataan rasmi sebenarnya dari mana mana penganjur tempatan yang kami kenal tetapi memang tinggi harapan para peminat Running Man yang ianya akan menjadi kenyataan.

Sementara itu, salah seorang bintang Running Man Kim Jong Kook di’jadualkan hadir ke Malaysia pada 14 Jun 2013 ini untuk bertemu para peminat beliau di HGH Convention Centre, Sentul KL. Sudah beli tiket?